Daisypath Anniversary tickers

Saturday, 13 October 2012

Ambitions.


Kenapa ambitions tidak ambition ? Sebab konon banyak matlamat hidup. Padahal pendirian tak tetap kann. Hakss. Dulu masa kecikkecik, memang suka sangat berlagak bagitahu orang citacita kita kan ? Konon kita sorang la yang bercitacita tinggi. Siap bg explanation lagi kenapa pilih kerjaya tu. Macammacam. Okehh, nak  citer la siket citacita sy dulu kan. 

i- Doktor pakar bedah.
Ini memang kelakar kan ? Ada ke terniat mcm tu sekali ? Maybe pengaruh kawan. Masa tu kalau citacita pakar bedah, memang paling hebat la. So, nak jd hebat ? Terniat la nk jd manusia ni. Hakhak. Tp yang kelakar, bila dh besar, tengok darah pun seram sejuk. Mcm mana nk bedah org Tqah oitttt ? Sgt konfius dgn diri aku ni. Yg tak tahan, kalau mak ingatkan suruh be careful kt dapur sbb pisau tajam, dh terbayang tgn kena pisau. Adess, tak nakkkk jd doktor bedah orang ! Boleh mati aku. Lagipun, takde kelulusan pun yg mampu utk aku teruskan citacita ni. Okay tak sedih bye !

ii- Model.
Haihaiii, laku ke muka ni kalau jd model ? Err, let me just answer that simply question. TAK LAKU LANGSUNG ! Grrrrrr. Yang herannye kan, aku ni tak suka publisiti. Jadi, boleh pulak kan model tp tak suka publisiti. Abnormal model I thought. Mesti la kena temuramah, catwalk bagai. Hisyy, gila ! Tp ni citacita yg tak pernah nk heboh kt orang pun. Simpan dlm hati je hakhak. Tak pasal aku kena gelak dgn kawan. Mak ayah ? Konfem hempuk kepala aku punya ! Belajar tinggitinggi, lastlast pilih kerjaya mcm tu. Bkn nk kutuk model, tp its my opinion la. Tak sesuai dgn aku yg tinggal kt negeri serambi Mekah. Tp sekarang, mmg minat gila tgk fashion show. Haikal geleng kepala je tgk. Muhehe. Yg paling kau minat, tgk Victoria Secret Fashion Show. Haihh, gila lawa modelmodel diorang ! Dahlah, nk jd model utk suami tittew je nanti ! Opss, sorry. Tereksaited. Ok next ! 

iii- Pegawai Polis. 
Sebab aku terlalu minat berkawad kaki. Walau muka aku akan jadi hitam berkilat, aku suka ! Aku ingat lg, masa form 3, pasukan kawad kaki sekolah aku dapat JOHAN KAWAD KAKI PERINGKAT NEGERI. Bangga bangga ! Tp kan, bila difikir balik, mcm kasar je kerja ni. Tak byk masa dgn family aku nanti. Yela, terpaksa kerja overtime ke, naye naye laki aku ! Nanti kena ragging, nanges woooo ! Hakhak. No no no ! 

iv- Peguam.
Ini sampai sekarang masih terbayangbayang kerjaya ni. Teringin sangat ! Kira macam kerjaya yg tak mampu utk dicapai la jugak. Sebab ? Aku malas membaca and this carrier really needs a bookworm. I am not. Kalau novel, sehari pun aku mampu habiskan + khatam sekali. Lagi satu, bila dh bagitahu mak ayah, macam diorang kurang setuju. Sebab takot iman tak kuat, jadi terima rasuah pulak. Nauzubillah ! Walaupun kerjaya lain pun ada rasuah, peguam lagi cenderung kan ? Takpela, kita cari rezeki kt lain pulakk. Hehe 

v- Cikgu / Guru / Pendidik
Ini sweet macam gulagula kapas kan ? Menyampah ? Takpe, sila muntah je. Ermm, tak sangka kan. Dari kecik memang aku tak pernah terdetik akan diberi peluang akan jd bakal pendidik. Adoii, malunya kt cikgucikgi yg pernah didik aku dulu. Sebab diorang tahu aku nakal, pemalas. Mcm mana la nk didik generasi baru nanti. Tp kan, sedikit sebanyak hati aku terubat jugak. Sebab aku kos Pengajian Malaysia. Banyak ilmuilmu perguaman yg ada dalam kos ni. Kira macam ada hikmah la kan kenapa aku redha dengan nasihat mak ayah tak bagi aku jd lawyer ? Thanks to Allah. Yup, mungkin aku bukan students yg baik, tp Insya Allah kalau betul aku jadi pendidik, aku akan jd guru yg baik. 


Lots of love,

No comments:

Post a Comment

Hello Everyone !
Just drop your comment here.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...