Daisypath Anniversary tickers

Friday 13 June 2014

I Feel Bad.

ASSALAMUALAIKUM W.B.T. . . .

i'm in exam week. baru settled 1 paper and i have four more papers to go. alhamdulillah utk first paper walaupun ada yg tak boleh buat. it's normal la kot utk org study last minute mcm aku. hmm after a day lepas first paper, aku g jumpa lecturer penyelia thesis aku. sgt MENDUKACITAKAN, my proposal REJECTED ! entahla, aku tgk org laen lek lek je buat proposal. approved je pun. she expect proposal yg terlalu detail, siap bandingkan dgn her phd students lg. mmg aku tak mampu la nk buat mcm tu. takpe, i'll try to do mcm yg dia nak. entah la, ingat cuti semester ni dapat la rileks siket kan. rileks otak, minda. mmg tak la kalu gini gayanya. dh la cuti dua minggu je. after that kena start praktikal kt sekolah pulak for another four months. nanti cuti ni, hubby struggle for his final exam (dia khonn student uitm lambat exam), while me will struggle for my proposal. haihh padan muka ko banyak rileks sgt tqah woi selama ni. but seriously i cried. entahla, memang rasa down. tak kuat. hmm. 

talking (?) about practicum, i am sooooo excited masa isi tempat utk mulakan latihan mengajar. sbb i chose my old school, sekolah menengah abdul rahman talib, kuantan. i studied there when i was 13 till i've got pmr result. tp sgt MENDUKACITAKAN, our ( aku and ana ) application REJECTED ! students from other courses semua approved. and then, we make a simple conclusion. sbb our course PENGAJIAN MALAYSIA ni punya pasal. pengetua selalu fikir kami ke sekolah utk ajar PENGAJIAN AM. and kami kan akan berpraktikum bulan 7. students form six dh nk exam utk penggal tiga time tu. actually cos ni multitask. boleh je nk ajar another subjects mcm sejarah (mampos aku), english (failed), mathematics (aku tak reti nk ajar) or sivik or geografi (aku tak minattttt). jadi aku ni mmg takleh nk ajar apa2 pn haha. tp normally senior ajar geografi and sivik la. pengajian am mmg jarang sgt nak2 dgn sistem pendidikan yg dh bertukar ni. tp please pray for me jgn aku ajar geografi. ya Allah, aku sendiri pn tak ingt peta malaysia weh. tak pernah score A even masa PMR ! taknakkk ! sivik okay hiksss. 

aku pilih pahang sbb dekat dgn kelantan. sbb klantan and tganu tak bukak. sng hubby nk pegi. tp kita ni merancang je kan. :/ hmm since sekolah tu dh reject kitorg, so kami tukar ke sekolah area perak. kt gopeng. sbb ramai cakap kt pahang dh full. stress taw tak, dh la minggu exam. baru je happy tgk carry marks sume dapat score sem ni alhamdulillah. but these things sgt mempengaruhi my attitude masa study. takleh fokus, jd bad mood. i feel bad. hubby cakap gopeng jauh dari kelantan. i really hope he can stay with me sbb masa tu dia tgh semester break. dh la puasa pertama kami after being husband and wife. tak sanggup nyaaa nk berjauhan ya Allah ! tunggu sekolah respon mcm mana. org laen dh sibuk cari geng rumah sewa, kitorg ni terlongo takleh buat apa. org laen dh tahu sape penyelia praktikum, kitorg mampu tunggu jeeee ! 

hmm esok second paper. i really hope i can perform well for pembangunan lestari paper. banyakkk sgt kena study. bila byk dugaan sgt datang, i will think "mungkin ini dugaan aku selepas jd isteri". dugaan berjauhan dgn suami. hmm takpe, i am strong and will always be. insya Allah. salam.

Friday 9 May 2014

Chiffon Printed Square Bidang 60

ASSALAMUALAIKUM W.B.T. . .
dalam entry lepas kita dh story byk (byk ker haha) pasal bisnes online kita yg baru nk start sob sob T_T. takpe, percaya pd Allah. rezekiNya luas. kita kena usaha la kan. 
 klik link ni and like utk sebarang update okay : Passion Of Fashion by AH

okay sekarang ni weolls tambah koleksi baru. sekarang ni panas kan ? ya Allah, dugaan sgt nk ke kelas. tudung yg kami jual ni materialnya sangat sejuk insya Allah. dijamin ! sbb kami pilih high quality chiffon :) dan yg bestnya tak payah nk iron pun masa pakai. save your time kan ? ni yg available. korang pilih taw !





utk code AH01, AH02, dan AH03, 3 tones taw. serius cantik ! tak rugi pun kalau beli huhu. 





AH06 dh sold out. korang boleh pilih another patterns :) 

mcm mana nk beli ? korang kan dh like page kami tu kan. so boleh terus pm kami kt sini :


thanks for viewing and salam muah ! 

Tuesday 29 April 2014

Behind The Name 'P.O.F by AH'

ASSALAMUALAIKUM W.B.T. . . . 

ya Allah betapa rindu nk berblog. tp serius masa sgt tak mengizinkan. sejak status bertukar, everything push me up. hahaha tu laa. nak kawen masa belajar lagi ! tp alhamdulillah, so far memang aku bahagia dgn status isteri kpd hubby yg sgt sweet gittew ihiksss. :P semester ni sgt stress. ke aku yg tak reti nk handle stress ? entah la. sampai satu tahap, sambil buat esaimen, sambil cakap ngan hubs tittew nanges2 sbb tak tahan sgt stress. uhh pecah rekod ugak la kira kan ? dgn esaimen berlambak, plus tajuk thesis yg tak sure nak yg mana, plus fikir semester depan praktikal macam mana. aduyaii sgt menguji hati dan perasaan. and right now, I'm at my hometown with hubby eheee. sbb cuti lama sgt. kita bosan kt tg malim. jd baik jd driver hubs ke class kan. okay tu serba sedikit my life update. 

we going back to my topic. jadi alkisahnya, iolls ni minat berfesyen. and since iolls dh transformed myself to be a better muslimah (alhamdulillah), iolls rasa nk tarik la jugak kengkawan turut serta. and trough what ? lepas bincang dgn hubs, rasanya dgn bisnes insya Allah berkesan. masa blog entry ni ditulis, aku ada citer aku baru start berbisnes secara online. masa tu kitorang belum kawen. and baru sekarang ada nama page haha. lama gila kan ! sorry sgt. lepas kawen baru taw life getting so busy. tak sempat nk handle benda macam ni. kitorang just post dalam fb and page je. and now we wanchu (want to ala2 minah saleh) introduce all of you, the name of our business online's page is Passion of Fashion by AH. 
and the picture above is our business logo. :)
hahahaha sgt tak kreatif kan. takpe la, asalkan ada hehe. and why the name of it is Passion of Fashion ? sbb iolls minat fesyen. sbb rasa dgn fesyen, kita boleh attract someone to love Islam more insya Allah kalau niat betul kan. insya Allah semua design yg kitorang buat menepati syarak. we'll always take care of that. taknak tanggung dosa si pemakai that is our customers kt 'sana' nanti. :)

and AH rasanya semua orang tahu. my name combined with hubs. Atiqah and Haikal. :) semoga cinta kita kekal ke syurga. semoga rezeki yg Allah bagi kita akan guna sebaiknya.

the tagline is "Istiqamah to Jannah". well, everything yg kita buat, kita amalkan kt dunia ni utk apa sebenarnya ? of course sbb kita sdg menuju ke syurga. jadi, setiap perubahan baik yg kita lakukan dlm hidup kita, harus istiqamah. umm, wajib ! semoga semua customers AH akan sentiasa istiqamah. kami pn masih lg mencari redha Illahi. :)

so, itu serba sedikit pengenalan kpd page kami. tak kenal maka tak cinta. semoga korang akan jatuh cinta dgn semua designs kami. err semua ? yess ! sbb kami akan introduce our new products ! insya Allah tudung and new princess dress design for raya ! jgn lupa like page kami ye ! tekan sini taw.


yang dh like, thanks sgt2. yg doakan bisnes ni maju and everyhthing, Allahurabbi. baiknya korang. kitorang sgt terharu taw. and ni nak tunjuk our customers yg sgt hot sampai berasap telinga pakai Princess Satin Dress. our first and only design yg kitorang buat setakat ni.







ni yg tag kitorang. sume cantik kan ! thanks to all buyers. dress ni dh terjual lebih 20pcs. thank you Allah. :') selamat malam. 

Sunday 23 February 2014

Things You Can Do Them Yourself For Your Wedding.

ASSALAMUALAIKUM W.B.T. . . 

people nowadays sangat kreatif. nk pengsan kalau tengok hasil tangan diorang. dh la berani mengkreatifkan diri utk majlis penting ! beraninya amek risiko ! kalau tak jadi caner ? tp did you trust that us, err I mean aku yg tak kreatif pun sebenarnya mampu buat sendiri benda2 macam tu. cuma kena ada effort je. like seriously ? yes, I'm serious. *dgn dahi kerut2. entry ni aku buat utk tolong bride to be yg teringin nk buat benda2 simple sendiri. cekidaut yaww ! *check it out hehehe. 

1. hantaran.
alaaa takyah la upah kedai buat. buat sendiri lagi lawa. lagi puas hati. aku pun buat sendiri. just beli barang2 utk hantaran kt era nona. korang buat kad ahli. rasanya RM10 seumur hidup kalau tak silap. every purchase ada diskaun. kalau korang g time dekat2 dgn cuti yg org ramai kawen, memang dia akan bg diskaun byk kalau korg ada VIP card dia. jumm kira bajet kalau korang tempah dgn kedai ! okay kita amek pakej yg paling murah la kan, contoh RM50 satu hantaran kedai amek. cuba korang darab ngan 9 hantaran ?
50 x 9 = RM450

mahal kan ? yg RM50 satu hantaran tu kan, kalau korang nk pandang sebelah mata pun taknak sbb tak cun ! taktaw la kot2 korang jenis tak kesah rupa hantaran macam mana. kalau aku, memang takkk laa. kalau korang beli sendiri barang utk buat hantaran kan, tak banyak pun keluar duit. aku punya tak sampai RM200 pun utk sembilan hantaran. tak berbaloi lagi ke korang rasa ? so buat sendiri okayyy ! korang google la tgk design2 hantaran. lepas tu tunjuk kt salesgirl kt kedai. diorg memang byk idea. nanti diorg akan tolong la korang yg mana patot.


those hantarans iolls gubah sendiri ikot reti aku hahaha. dgn bantuan mak mentua akak aku. thanks mak ! two more hantarans takde pulak sbb masa ni tgh kalut nk pegi akad nikah. cincin and couple watches. risau hilang pulak kt tempat org ramai kan. terima kasih kpd taktahu sape yg snap gmbar ni. tgk2 dh ada dlm kamera huhu.

okay kita kasi yg jelas la satu hantaran. simple2 sudeyhhh. few roses, the akar2 apa nama ntah, then rerantai purple yg lari tema hahaha. 


2. guestbook and the decorations of the meja..
dh banyak kedai online jual hasil kreativiti diorg skarang ni kan. tp serious aku cakap, dh banyak fb page aku tanya. semuanya RM100 and above ! korang tak rasa rugi ke ? padahal buku je kot ? aku beli barang2 utk guestbook rasanya tak sampai RM15 pun ! sumpah aku tak tipu. jd korang fikir la byk kali kalau nk tempah. design yg aku buat ni aku amek dlm majalah pengantin. simple sahaja. okay la kan. sbb aku pikir guestbook sangat penting utk dibuat kenangan. friends and relatives put their wishes there. :) nanti bila dh baca sensorang, senyum sorang2.*seriously aku tak sempat baca pn lg wishes koranggg. sekarang dh kt upsi. nanti2 aku baca eh :/ terkilan betol !




kalau korg rasa kelakar boleh je gelak muhahaha. yg tergantung tu aku beli kedai happy home kt bandar pasir puteh je. rasanya RM5.90 each depend on its sizes. meja dan alas yg memang dh ada kt umah. the pictures aku cuci gambar yg aku photoshoot dgn abe sham and abe muein je pongg. and and korang perasan tak aku letak batu utk standkan those pictures tu ? batu kt luar rumah je muahaha. ingat nk pegi cari batu sg la sbb cantik siket kan, tp mlm sebelum majlis baru ingat. gila kauu nk pegi sungai memalam walaupun sg dekat dgn rumah ? tak pasal kena sorok ngan hantu air sbb jeles kita kawen dulu drpada dia weheee.


ni gambar dekat. hmm thanks a lot kt my bff ana and sepupu2 yg tolong pintal2 dawai jd cantik mcm tu huhu. tak sangka jd cantik sangaddd korang buat. ingat nk buat biasa2 je, siap buat love2 lg uollsss. malu tittew taw !

guestbook sgt2 simple. beli kaen chiffon yg lebih2 kt kedai, matchkan dua colours. pastu doublekan dan lipat macam yg korang tgk tu lah. aku beli kaen felt and print out nama and the dates. brooch tu amek bff ana punya hahaha. kesian ana aku kebas brooch dia ! sape suruh cantik sgt.

3. bubble talks.
utk bergambar dgn family and friends, utk menggila huhu. harusla ada kan ? kalau korang kreatif kan, boleh create your own words. takpun copy yg kedai2 yg jual benda ni. aku guna microsoft words 2007 + photoscape je buat sume tu haha. laku jugakk. aku tengok kt page apa tah, lime hengget utk 1pcs. ewahh, melampaunya kan ? padahal kalau buat sendiri, korang print colour tu, tak sampai 50sen pun ! beli kertas yg keras like manila kad, haa dh cun terletak comel je. kalau utk gambar2 macam specs, lips, hat tu kan. korang cari pdf. mmg dh ada yg ready print dh pun. senang as ABC kan. lupa arr link dia. korang search pdf wedding props insya Allah jumpa. byk je boleh pilih. :)
okay la kan utk suka2. padahal setiap kali nk bergambar asyik lupaaa je nk amek benda ni ! -,-
4. meja utk hadiah.
weheee the best part ever. sampaikan tak nampak meja pn lepas korang bagi hadiah. alahaii thanksss sgt kt sume yg sudi dtg pastu bagi hadiah. :') nak nangis berlagu2 rasa taw.

kalau menyelam masuk dlm timbunan hadiah ni, harus hubby tak jumpa aku wahaha. perasan kecik la mu ni tqah ! muka sgt penat sbb seharian tak makan :/  
setelah disusun rapi oleh hubs, ni lh semua hadiah. ni baru yg rumah aku punya majlis, rumah dia lg banyak. korang bayang la berapa lama kitorg amek masa utk unwrapped your gifts. sampaikan surrender suruh budak2 kecik yg tolong bukak. suka la diorg sbb konon2 hadiah tu diorg punya. hahaha.

5. design your own akad nikah's outfit.
sbb nak jgk simpan kenangan ni sampai bebila khonn. baju ni ada org baik ati yg sponsorkan kain for both of us. thanks yaa ! aku dh pernah update, the lace, the beads and the pearls detailing sume iolls buat sendiri from halfmoon and dress. cuma veil amek yg bridal.


ini je gambar yg ada nampak agak penuh dress nya. sbb dgn ptgrapher still tak amek lg. walaupun mata dh jd juling sbb kan dress ni, I'm totally satisfied and boleh kata proud of myself la jgk hahaha. dh lama mengidam nk baju akad nikah warna off white and sweet pink taw. baju ni half design amek dlm majalah pengantin, half lg aku design sendiri ikot rasa cantik aku heheh. sbb kita suka ala2 princess gittewww.
kt bahu kita kasi kembang gitu pastu kt lengan cekik. butang besaw2 kita letak kt lengan bebanyak khonn.

kt bawah pn letak lace yg dh siap jahit manik lebat2. aku buat belahan V-shaped kt tgh ngan kaen sweet pink. maceyhh tailor ! betol2 macam yg aku nak !

ni gambar paling jelas the pearls detailing kt halfmoon aku. manik yg belakang tu manik veil. simple je kan. pastu mak andam aku terbalikkan crown tu sbb katanya nampak simple. iolls okay je. :)
masa ni sibuk tanya akak aku tudung senget ke tak haha. 

oh yaaa ! halfmoon layer tu aku beli dgn kawan aku sendiri. dia buat bisnes online kt fb. aku request my own fav colour utk my special day. ni link fb F&A Sweethouse ! memang custome made semuanya. korang takkan jumpa kt online shop laen sbb kawan aku ni memang kreatif orangnyaa. berangan nk jd fashion designer huhu. ko jd muslimah designer taw adda ? aku suka halfmoon ni sbb labuh and wide ! sgt2 muslimah. :)

okay, setakat ni tu je aku nk share ngan korang. thanks utk sume yg terlibat utk majlis kitorang ni. walaupun majlis ni simple je, we all terlalu rasa puas hati sbb dikelilingi dgn org2 yg tersayang. pasal majlis and the others nanti iolls update ea kalau ada masa. sbb sbb sbb kannn, next week hubby nk melawat kita kt sini weheee. suka suka ! doakan kami bahagia dunia akhirat. :')


Friday 10 January 2014

Life Update.

ASSALAMUALAIKUM W.B.T. . . 

alhamdulillah I still can breath the kampung's oxygen kofkofkof. petang semalam sampai kg ehee. masa sampai tu, haikal tak keluar dewan exam pun lg. so tunggu kt surau je alang2 solat kt sana. sebelum balik, kitorang pegi makan mihun celup kt kb. dia cakap sedap and mmg betol la sedap hehe. ala2 bakso gittew sbb dia letak meatball. cuma semalam perut lembu tak masak lg, tu je yg buat aku terkilan haha. tp tetap nikmat ! dh la hujan semalam, so memang feeling habis mkn. kalau ziana zain, tahap terangkat kening arr kira masa nyanyi tu haha.

on the way balik, adik haikal call suruh belikan air coke. jd kitorg tertanya2 la utk apa kan. rupa2nya nk celebrate birthday si echa kt rumah. family celebration je pun. sbb along cakap, echa selalu tanya, along, bila nk belikan echa kek ada lilin pastu belon2 tu ? haihh, bertuah punya si kecik kan. haha. so, aku tak balik rumah terus la. singgah umah ma dulu. siap tutup lampu pastu nyanyi ramai2. 

auuchak ! happy birthday echa ! 


 

I kissed her and she did the same thing to me. alolo sweetnyaaa. actually dh upload those pictures dalam fb. saje je taknak kasi blog ni bersawang sangat kan. haha. since ada story walaupun tak meletoppp macam loofa ngan nabil, aku tetap cekalkan hati utk upadate muahhaa. family potrait ade je, tp sbb yg laen tak bertudung, aku tak upload la. 

bila dh sampai kg ni ya ampunn. everything push me up. sampaikan aku taktaw nk start the prepation from where. kek wedding tak tempah lagi, doorgift tak beli lagi, hantaran tak gubah lagi, rumah tak kemas lagi, bla bla bla. and do you know what I was thinking ? BESTNYAAA KALAU ADA P.A ! susah taw nk decide dlm keadaan sekarang ni. today's countdown : 20 days before I'll be yours, haikal. esok ke kb utk gantikan seluar haikal yg hilang utk hantaran. :/ kopak duit hamba. then belikan barang utk satu hantaran je lg. hajatnya nk ke spa nanti hewhew. saje je sbb mmg taw lepas ni tak merasa dh benda mcm ni kan. alang2 kita ada chance nk buat preparation, kita buat je kan ? kalau ada masa, aku update je blog ni yepp. nk rest. adiosss. salam.

Tuesday 31 December 2013

My 2013's Up and Down.

ASSALAMUALAIKUM W.B.T. . . 

alhamdulillah 2013 dh pun berlalu. macam mana life korang ? semoga semuanya baik2 je kan. pahit dan manis dalam hidup tu perlu. jgn pernah merungut. yg manis utk kita kenang, yg pahit utk dijadikan sempadan. hahaha ajet2 pakar motivasi gittew. life aku pun ada banyak dugaan jgk. semua tu utk tingkatkan iman di hati kita. Allah tak pernah menzalimi hambaNya. hmm, okay lah there are a few parts in my 2013 yg I ingat.

1. I'm engaged !
it was end of January. actually aku dh story panjang lebar dlm entry ni. bahagia ke jd tunangan org ni ? dari satu sudut, yess ! I'm very happy. tp jgn fikir bahagia je. hidup kita bkn selalu indah. bkn aku nk momokkan korg bertunang ni tak bahagia, cuma bila dh bertunang, banyak tanggungjawab. takkan tak nak ready apa2 utk jadi isteri org ? takkan nk sama je macam zaman terkinja2 depan org ? ubah. kita mmg kena berubah. berubah menjadi seorang yg lebih baik. rasanya lepas bertunang ni, aku macam matang siket muhaha. it almost a year being his fiancee. alhamdulillah ya Allah kerana kurniakan aku rasa indah ini. thanks awak sbb sama2 berusaha utk kekalkan hubungan ni.

2. al-fhatihah utk nenda tercinta.
end of may. I don't have any granpa and granny anymore. yg atuk laki dua2 passed away masa sy kecik. tak ingat pn moments dgn diorg. yg nenek belah ayah ninggal masa form 3. dan yg last, taon 2013. yg paling terkilan, aku takleh balik utk jumpa cium arwah pn. T_T but she reminds me, nothing in this world last forever. till i meet you then, mok. insya Allah in syurga of Allah. al-fhatihah.

the most special thing in my 2013 is doing the wedding preparation by myself. alhamdulillah. sekarang pn tak settle lg preparation. 2014 will brings a lot of meanings in my life insya Allah. i'll be a wife. tanggungjawab sgt besar. entah mampu aku pikul ke tak. because imma student. terpaksa berjauhan haihh. and the thing that i non-stop think is, tanggungjawab kt parents pn tak dapat aku laksanakan dgn baik lg. insya Allah mek ayoh, your daughter will prove you one day. she will make you proud of  her. semoga kita panjang umur, diberi kesempatan olehNya utk menikmati kebahagiaan pada hari itu. :)

semoga amalan kita semakin bertambah. Allah Allah Allah. azam ? firstly nk ubah diri ke arah yg lebih baik. nak sangatttt. mohon kekuatan dari Allah. entah bila la kita akan menjadi jenazah. ya Allah, muliakanlah jenazahku, ahli keluargaku serta seluruh umat Islam. second, nk belajar sungguh2 utk dapat CGPA 3.75 above. third, nk jadi isteri solehah hiksss. okay tu je. panjang umur entry laen akan menyusul.

SELAMAT TAHUN BARU SEMUA ! 

Thursday 19 December 2013

Sponsor.

ASSALAMUALAIKUM W.B.T. . . 

i'm at home sweet home :) tak sangka balik cuti studyweek ihikk. pagi semalam sampai. and now lepak kt rumah je. tgh konfius la nk start wedding preparation yg mana dulu haiyya. ingat nk gubah hantaran, tp mcm taktaw nk simpan kt mana kalau dh fully siap kan. takkan nk susun berlayer-layer pulak. rosak la bunga ! takpe lah, buat nanti balik cuti semester ni je lah. rasanya kalau hadap kejap sangat je ciap ni. *ayat takleh konfiden lg ke ? haha. 

the most important thing nk settle kan before facing final exam is hantar borang kawen kt jurunikah a.k.a imam. borangnya haikal dh amek, cuma belum isi. nk hantar kena buat gambar passport dulu. nk buat gambar baru la. sbb muka iolls kan dh gemuk hahaha. nanti imam tak caye aku yg dlm gambar lama tu. kihkih. future husband pn kena amek yg baru sbb lelaki wajib bersongkok / berkopiah dlm gambar passprt tu. :D

hantaran utk bakal suami ada lg yg belum beli. ingt nk bagi quran dgn sejadah utk satu hantaran tu. when I gave the hantaran lists to my eldest sister, she said " mana ada belah perempuan bagi quran dgn sejadah dik. lelaki yg bagi sume tu" . haiyya, waa mana tahu woo ! haha. takpe lah, kita tukar barang lain la yeww ! hantaran yg lain okay je. :) 

alhamdulillah la i'm the youngest. boleh dikatakan separuh preparation akak2 and abg2 yg sponsor. ada yg nak sponsor duit, nk sponsor barang. suka hati lah. tu namanya rezeki kawen wehee. doorgift mmg aku tak sentuh pn, sbb kak ipar nk sponsor. malu laaa tp dia yg beriya2 tanya nk bagi apa la sume. hmm semoga rezeki akak dimurahkan :) yg tu lewat2 pn takpe la kot. sbb doorgift buat yg simple2 je, takde la special sgt. tp insya Allah memberi 1000 makna utk yg menghargainya. *hahaha ayat nk suruh org appreaciate tu ! 

tudung dan shawl utk akad nikah and sanding and sambut menantu alhamdulillah dh settled. cuma yg outdoor ni tak sure la baju kaler apa. ntah bila dapat konfem pun tak taw. :/  nk pegi kb beli lace yg nak dijahit utk family outfit kt KB. sabtu ni maybe ke sana. okay tu je nk share ! 

entah macam mana feelingnya pun tak taw la kan haha. semoga Allah permudahkan segalanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...