Daisypath Anniversary tickers

Friday 4 October 2013

Wedding Early Preparation.

ASSALAMUALAIKUM W.B.T. . . . 

sebenarnya aku baru je setting mood nk buat esaimen. sedang org lain tgh lena dibuai mimpi indah, aku terpaksa berjaga pulak. uwaaa mekkk ! dulu kalau study kt umah, bonda selalu jenguk bilik sebelum tdo. one of her way to give me spirit walaupun dia tak luahkan. terharuuu :'). tanya xngantuk ke, nk mintak buat air ke. hmm, sekarang ko layan la diri sendiri kt sini. :(. kalau ngantuk, bancuh air sendiri, kalau ngantuk bukak radio online. tp xpe la kan, life cycle memang macam ni. insya Allah aku boleh beraya haji dgn sakannya nanti kalau esaimen dh siap. yeayy ! tp hadap je saimen xbest jugak ye dakk. kita melencong la kejap kt blog eheee. 

sebenarnya aku list a few things ygbride to be need to handle by themselves. aku anak bongsu and alhamdulillah, boleh tanya family pasal yang penting2. tp still list jugak ! sbb nak jugak feel that moment. aku buat list ni dari semasa ke semasa. lepas tunang terus list. huhu.

1. hantaran
ini yang paling penting. penting sangat. you need to discuss with your future berapa hantaran yg dia nk bg. then baru tahu uolls balas berapa hantaran kan. contoh paling biasa org buat lima hantaran, perempuan balas tujuh. list satu2 apa barang yang nak diberi. so korang boleh bajet berapa harga barang tu kan. kalau korang mampu buat sendiri, better buat sendiri. sbb paling murah RM50 utk 1 hantaran. uhh, boleh pakai duit utk buat benda lain lg tu. and I'm so lucky sbb my sis sanggup buatkan utk I. dia mmg rajin and creative cket. I pun creative sebenarnya, tp boleh tolong cket2 je sbb xsempat. haha nk jugak angkat bakul kann.

2. bridal.
korang boleh survey mcm2 jenis design ada kt pasaran. bridal pn dh pandai cari makan kt fb. pakej korang boleh pm la sendiri tanya. start from berapa. ada yg cecah beriban2. better pilih bridal yg dekat2 je la. sbb kalau jauh dia charge pengangkutan walaupun daerah xsama. kalau tak mampu, just do it yourself. sekarang ramai org share kan how to do. just be creative. tunang dulu pn aku buat sendiri je tirai. tp xlawa nokkk. haha. 

3. photoghrapher.
mana boleh majlis kawen takde juru tembakkkk. kan nk buat kenangan utk anak cucu nanti. pakej photogh sekarang memang buat bakal2 pengantin meleleh air liur. pilih photogh yg byk idea utk pengantin pose nanti. sbb ada photogh dia xreti nk suruh pengantin pose mcm mana. dh la pengantin masa tu malu tp mahu, dia pulak xtaw nk kita pose mcm mana. mmg kaku la jawabnya. nak tahu dia byk idea ke x, check gambar dlm fb dia. kalau bkenan, nahh. terus book je. sbb bkn kita sorg je yg akan kawen on that date. 

4. kad undangan.
yg ni pun dh mcm2 pattern ada kt pasaran. korang blh pilih nk yg simple atau over mcm kad anak dato haha. I suka yg simple yet nice. sekarang pakej kad sekali ngan banting + welcome board + guest book and apa2 lg lah. korang decide je nk yg mana. I share the same card with my future. dua undangan on a card. uhuuu. guest book tu korang boleh buat kenangan sbb kawan2 korang akan bg their wishes on that book. sweet kan ?

5. doorgift.
org kelantan called it sisa. mcm sisa makanan je bunyi tp xpun. huhu. korang kena tahu how many guests u'll invite. baru tahu bajet berapa. kebanyakan org bg gula2 sekarang kan. sbb bunga telur mcm mahal je kalau nk bg. org pn dh faham sgt bajet pengantin ni xbanyak pn. 

6. baju utk family.
actually ni tambahan je. kalau korang ada bajet lebih, korang boleh beli baju sama utk family korang. kalau tak mampu, just ask them to wear the same colour on your big day. pilih kaler yg senang nk cari la kan. tp jgn pilih colour yg terang. pengantin tenggelam pulak nanti. pastel kaler tgh hot kt market sekarang kan. I pn pilih pastel. baju sama ni senang guest nak cam mana satu tuan rumah nanti. xde la melilau mata dia nk salam bg hadiah ke hape kan. your wedding picture pn looks nice kalau family pakai baju sama. 

okay itu je yg aku nk share for tonight. alhamdulillah almost 70% of the preparation aku dh buat masa cuti hari tu. aku dh tahu aku mmg takde masa bila dh masuk sem baru. and its already proven ! banyaknyaaa esaimen. xpe la, slow2 kan. nanti kalau ada masa lg, I update okay. harapnya semua berjalan lancar. amin. and I pray your preparation pn going well ya ! goodnight ! 

4 comments:

  1. bestnyer..pgalam sekali jer seumur hidup... :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhe thanks yunk. kena bersedia mental fizikal emosi sumo ni. nampak mcm best tp dugaan byk akan datang. :)

      Delete
  2. jgn lupa jmput kawe deh, hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. heeee ofcoss la sue ! nanti kad sampai kt tangan awok ! ^_^

      Delete

Hello Everyone !
Just drop your comment here.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...